Posts

Showing posts from 2013

Gunung Datuk -Latihan ke Annapurna Base Camp 2014

Image
8 Dec 13, kali ni latihan aku ke Gunung Datuk yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia. Titik tertinggi gunung ini adalah sekitar 2000 kaki (885m). Bagi mereka yang selalu kesini mungkin dah biasa dengan trek dan cabaran disini. Sebelum memulakan pendakian, anda perlu mendaftar nama kepada pengawal disitu dan RM5 dikenakan kepada setiap orang pendaki.
Ini kali kedua aku naik kesini so harap-harap tiada masalah. Pada aku agak sukar jugak untuk sampai kepuncak. Latihan kali ini lebih kepada latihan fizikal dan mengawal pernafasan semasa berjalan. Aku ke Gunung Datuk bersama adik ipar dan seorang sepupu aku. Kami mula mendaki pada pukul 8.30am dan sampai kepuncak pada pukul 11.30am.. 3 jam woo... gila lama!!! hahaha. sebab kali ini kami naik dengan penuh santai dan tidak rushing. hampir 3 group dibelakang kitaorang dah potong kami dan mereka sampai dulu dari kitaorang.... 
walaupun perjalanan kami mengambil masa 3 jam dan penuh santai sambil menikmati susana hutan, 2 kali juga…

SLDN REPORT

Image
SLDN COURSE  Habis assighment Study aku SLDN report pulak menyusul... ermmm course selama 3 bulan dengan report lengkap... huh baru nak rehat rehat ada lagi yang menyusul... so mcm biasa la dah nak dateline baru bz gila nak buat report. 




Kat kedai mamak tempat nak disscuss... nasib baik ada manimaran... dia pun sama jugak... dah nak terberak baru nak gali lubang... 

Andes Adventure - October 2011 - January 2012 : Trip Reports : Mountain Photography by Jack Brauer

Persediaan latihan ke Annapurna Base Camp 2014

Image
Broga Hills Semenyeh
Sabtu 16Nov 2013, Broga Hills Semenyeh..Latihan kali ini adalah latihan berterusan dan kecergasan buat aku dan KF dimana pada bulan Dec ni dia akan ke Kinabalu... manakala aku pulak akan terus trainning di sini aje ...latihan kali ini lebih kepada mendaki untuk menguatkan otot kaki, peha dan betis aku ni hah..lebih kurang pukul 4am aku dah bergerak dr kota Damansara ke Jelatik untuk tunggu member-member lain. So aku, Beng, Nizam dan Arif gerak dari Jelatek ke kajang utk pickup bro Ridzuan pulak... lepas solat subuh kita orang sampai di Semenyeh... memang ramai orang spt yang dijangkakan... kawan aku KF dah start naik dulu dah... plan aku dan KF nak ke Gunung Tokwan sebenarnya iaitu sejauh 4.8km untuk sampai kesitu... so KF akan tunggu kita orang kat atas puncak Broga nanti. Kita orang start trekking lebih kurang pukul 6.30am. Alhamdullilah cuaca baik pagi ni.

Ramai orang cakap naik Broga ni senang je.. sambil cungkil gigi je pun dah boleh sampai... perghhhh riak su…

MAJLIS KONVOKESYEN TASKA SINAR CEMERLANG 2014

Image
MAJLIS KONVOKESYEN TAHUNAN TADIKA/TASKA SINAR CEMERLANG  RAPID KL 2013

Sabtu 9Nov 2014, majlis konvokesyen tadika dan taska Sinar Cemerlang Rapid KL telah diadakan di Pejabat Utama Rapid KL lembah Subang . Majlis ini untuk meraikan anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan dan graduasi bagi anak-anak 6 tahun. Kali ini aku dapat menghadirkan diri untuk meihat gelagat anak-anak aku membuat persembahan pada majlis tersebut. Pada tahun lepas tak dapat datang kerana ada urusan lain cuma wife dan anak-anak je yang dapat hadir. So kali ni aku takkan lepaskan peluang. memang dah lama aku tunggu majlis ni. sebabnya time ni lah dapat lihat persembahan dari anak-anak kita kan. Kali ni anak aku Arif Amsyar menyertai persembahan Nasyid dan tarian "joget Kelantan".. hahahaha. Bagi Adam Aisar pulak hanya koir "London Bridge is Falling Down" dan lagu Putih-Putih Melati ...hahahaha... seronok dapat lihat keletah dan gelagat anak-anak ni...

Nasyid telah dipersembahkan sebaik majlis …