Posts

Showing posts from December, 2013

Gunung Datuk -Latihan ke Annapurna Base Camp 2014

Image
8 Dec 13, kali ni latihan aku ke Gunung Datuk yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia. Titik tertinggi gunung ini adalah sekitar 2000 kaki (885m). Bagi mereka yang selalu kesini mungkin dah biasa dengan trek dan cabaran disini. Sebelum memulakan pendakian, anda perlu mendaftar nama kepada pengawal disitu dan RM5 dikenakan kepada setiap orang pendaki.
Ini kali kedua aku naik kesini so harap-harap tiada masalah. Pada aku agak sukar jugak untuk sampai kepuncak. Latihan kali ini lebih kepada latihan fizikal dan mengawal pernafasan semasa berjalan. Aku ke Gunung Datuk bersama adik ipar dan seorang sepupu aku. Kami mula mendaki pada pukul 8.30am dan sampai kepuncak pada pukul 11.30am.. 3 jam woo... gila lama!!! hahaha. sebab kali ini kami naik dengan penuh santai dan tidak rushing. hampir 3 group dibelakang kitaorang dah potong kami dan mereka sampai dulu dari kitaorang.... 
walaupun perjalanan kami mengambil masa 3 jam dan penuh santai sambil menikmati susana hutan, 2 kali juga…