Posts

Showing posts from April, 2014

TRAVEL JOURNAL NEPAL - ANNAPURNA BASE CAMP Day 14 Kathmandu - Kuala Lumpur ( Final Chapter )

Image
11 March 2014, Kami masih di Kathmandu dan pagi ni aku plan nak jalan-jalan di sekitar Thamel Road, dan kalau ada masa aku nak ke Durbar Square untuk ambil gambar. Lepas breakfast kami terus berpecah dengan haluan masing-masing. Ada yang nak cari barang, ada yang nak jalan-jalan sahaja, ada yang nak pergi makan, tapi apa-apa pun kami kena berkumpul semula di lobby hotel pada pukul 12.30 pm untuk ke Airport. Memang kena gerak awal sebab takut jalan jem. Huh, Kathmandu pun jem wei, bukan di KL sahaja. 
Aku dengan KF jalan-jalan di sekitar Thamel Road buat kali yang terakhir, menikmati suasana pagi yang hampir sibuk. Terdapat banyak lagi kedai yang belum dibuka waktu ini. So kami hanya ronda-ronda sahaja dan melihat gelagat penduduk di Kathmandu ini. Jam baru menunjukkan pukul 8am, Aku dah janji dengan Balazz, untuk jumpa dia nanti pada pukul 10am di restauran Kathmandu Kitchen tempat dimana dia selalu pekena "Dhal Bhat" semasa dia berada di Kathmandu. Kebetulan Sepupu Ganesh …

TRAVEL JOURNAL NEPAL - ANNAPURNA BASE CAMP Day 13 Pokhara - Kathmandu

Image
10 March 2014, Good Bye Pokhara....
Hari ke 13 kami di sini, dan pagi ni kami semua akan berangkat ke Kathmandu semula dengan bas. Pada mulanya kami semua plan nak balik ke Kathmandu dengan flight, tapi bila fikirkan balik kos ianya agak mahal sekitar USD120 kami batalkan hasrat untuk itu, dan memilih bas untuk ke Kathmandu. Bukan apa hari tu kami semua fikir mungkin badan dan letih trekking, dan ada baiknya kami jimatkan masa untuk pulang ke Kathmandu dengan flight. Disebabkan kami dah puas berehat 2 malam di Pokhara, so no point la untuk bazirkan duit memilih laluan udara untuk ke Kathmandu. Di Kathmandu nanti kami akan berjumpa semula dengan kawan trekking kami Mr. Balazz sebab kami akan balik ke Kuala Lumpur pada hari yang sama dan flight yang sama dengan dia. 
Lepas breakfast kami semua bersiap untuk ke Pokhara Tourist Bus Park. Bas kami akan bertolak pada pukul 8.30am. Kami akan menempuh perjalanan 8 jam lagi untuk ke Kathmandu. Pada aku perjalanan ke Kathmandu takda la boring …