Posts

Showing posts from September, 2014

GoPro Hero 3+ Black - Angah Kahwin kek Palong Ompek Boleh Nismilan

Selamat Pengantin Baru buek Angah Ajoi dan pasangan... Sey tak pandai sangat nak edit-edit video ni. Tapi buleh la sekadar nak nengok2 buek konang kenangan time ekau dah tuo nanti kan... hahah.. semugo ekau bahagio dengan pilihan kau untuk hidup bersamo.. dan mugo copek buleh anak dan naik Haji... Gambar-gambar lain kok den ado maso nanti den letak an... sekian terimo kasih



GoPro Hero 3+ Black - Main Hujan

GoPro Hero 3+ - Camping at Pantai Batu Empat Port Dickson

Berkhemah di Port Dickson Bersama Keluarga Sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke 57

June to Celebrate....

Image
Jun 2014 to celebrate....
Entry ni patutnya dah lama aku tulis, tapi sebab sibuk menyiapkan thesis dan perlu dihantar sebelum Hari Raya maka itu yang berhabuk dalam draft. Alhamdullilah siap juga thesis aku yang aku buat selama 8 bulan dan dihantar dan tunggu pemarkahan dari profesor aku yang banyak songeh dan cerewat. Hahaha.
Bulan Jun merupakan bulan yang penuh dengan agenda untuk disambut dalam keluarga aku. Sambutan Anniversary perkahwinan aku 2 Jun, Hari lahir anak sulong aku pada 13 Jun, adik aku Lily pada 4 Jun, mak aku pada 7 Jun, dan bapak aku 21 Jun. Semuanya hari penting pada bulan Jun. So, memang saja je lah kalau aku tak ingat tarikh tarikh penting ni kan.. Oleh yang demikian aku dan adik aku plan program untuk sambutan bulan ni di Kuantan, so semuanya aku serahkan pada adik aku dan wife aku untuk uruskan sebab aku sibuk perah otak untuk thesis. Huh.. Tension ...
Setelah lokasi dipilih iaitu di Samsuria Beach Resort & Residence berhampiran  pantai Balok sebelum ke Ch…

Berkhemah di Port Dickson Sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke 57

Image
31 Ogos 2014,
Pagi - pagi lagi wife aku dah bangun menyiapkan nasi lemak dan barang-barang yang perlu untuk dibawa ke Port Dickson pagi ni. kami sekeluarga akan berkhemah satu malam di Pantai Saujana Batu 4 PD bersama anak-anak. wife aku dah plan Camping ni 3 minggu yang lepas, memandangkan aku pun cuti pada 31 Ogos so jum je lah...

Kami bertolak dari Kota Damansara jam 7am, bukan apa risau jem di Port Dickson nanti. Lagipun public Holiday pasti ramai orang yang akan ke sana.  Sampai di Pantai saujana Batu 4 , lebih kurang pukul 9am, Alhamdullilah traffik masih lancar, dan kelihatan ramai pengunjung yang sudah berkhemah di sekitar Batu 4 yang sudah pastinya mereka menyambut Malam Merdeka disini. Lepas parking kereta, aku cari port untuk pasang khemah. Fuhh nasib baik ada tempat... kalau lewat sampai tadi pasti full house. kat sini kemudahan toilet dan gerai makan senang, So tak perlu risau. 




Siap pasang khemah, anak-anak aku mula memberontak untuk mandi laut.. huh, "abis tu dah …