Posts

Showing posts from 2015

Char Kway Teow Tsunami Tasik Biru Kundang Selangor

Image
"The Power Of Viral"
Sebab viralnya Char Kway Teow Tsunami semalam wife aku ajak pergi sebab tak lama lagi dia dah nak bersalin. Untuk tidak menghampakan beliau aku gagahkan juga untuk mencari port makan ni. Terletak di Tasik biru Kundang Kuang Selangor. Amat mudah ke sini. kedai terletak di tepi jalan dan menghadap tasik biru Kundang. 



Kami sampai hujan lebat yang teramat lebat. Menunggu dalam kereta  hampir 20minit. Ramai juga yang sedang menunggu dalam kereta ketika ini. Reda je hujan kami terus serbu. Lama memang lama, ramai orang yang datang. Kalau tak kerana wife aku, memang tak la aku nak menunggu. Huh. 



Lepas puas menunggu Taaaddddaaaa... ini dia. Huh macam dalam gambar yang orang duk sibuk viral tu. Udang besar, Ketam sekor, Char Kway Teow Gred A!! Berbaloi menunggu. Wife aku pun tersenyum riang... Ok anda patut cuba. Di buka setiap hari kecuali Isnin dan jika tiada bekalan udang / Ketam. Waktu operasi pukul 1pm hingga 11malam. Perkara biasa jika anda datang, Char …

TIPS MENGURUS PERBELANJAAN TRAVEL BERKUMPULAN

Image
Menguruskan perbelanjaan semasa "Travel Berkumpulan" sudah pasti agak memeningkan terutamanya ketika hendak membuat bayaran semasa makan, tranport, ataupun bayaran masuk sesuatu tempat dan sebagainya. Ye lah bak kata orang muda, "makan ramai - ramai bayar asing - asing". Kalau 10 orang bersama group sudah pasti akan melecehkan dan agak membuang masa berdiri di kaunter kan. 
Tidak dinafikan jika mengembara secara berkumpulan agak sukar dari mengembara secara solo. Macam macam karenah ahli kumpulan yang kita kena hadap. Aku pasti sudah banyak entry berkenaan Group Travel vs Solo Travel yang korang dah baca kan. So aku tak nak ulas benda ni panjang- panjang tapi apa yang aku nak tekan kan disini ialah bagaimana nak memudahkan perbelanjaan kita semasa Travel secara berkumpulan. 
Ok melalui pengalaman aku berjalan bersama keluarga atau kawan kawan kami akan melantik seorang dari kami untuk memegang duit (kira macam Banker la ) bagi tujuan pembayaran terutamanya untuk m…

TIPS/KOS KEMBARA KE INDIA

Image
Ramai yang bertanya saya melalui email dan mesej di Facebook berkenaan Kos Kerugian yang kami alami semasa kembara kami ke India selama 10 hari. Ok lah bagi memudahkan sahabat sahabat lain yang ingin ke India, saya ceritakan kos Terpenting sahaja iaitu Tambang, Penginapan dan Visa, Tidak termasuk kos aktiviti ( entrance Fee), makan dan minum, dan kos perbelanjaan membeli cenderahati kerana itu pada saya terletak di tangga ke 20. Hahahaha. Mari saya senaraikan kos /tips untuk ke India.

Buat  research berkenaan tempat yang ingin anda tuju ( Visa perlu atau tidak, cuaca, musim, keadaan semasa, budaya, jenis mata wang yang digunakan, pengankutan, Airport yang berdekatan dan Bahasa ) - Mencari info di Internet @ buku Travel ( Lonely Planet dan lain-lain ) Semasa ke India saya akan ke New Delhi, Agra, Jammu dan Kashmir. dan cuaca dan suhu pada September tidak lah terlalu sejuk. Cukup sekadar sweather biasa sahaja. Jika anda ke Kashmir di musim sejuk sudah pasti anda akan berbelanja untuk pa…

Majlis Graduasi kanak kanak pra sekolah - Tadika Cahaya Taqwa Kota Damansara

Image
Majlis Graduasi kanak kanak 6 tahun Tadika Cahaya Taqwa Kota Damansara. Adam Aisar telah berjaya menamatkan Pengajian di peringkat Pra Sekolah di sini. Tahniah Adam!! Semoga Adam lebih berjaya suatu hari nanti. Selamat menempuh alam persekolahan sesi 2016 kelak. Tahniah!!!

Dari Kuala Lumpur ke Kashmir-New Delhi-Agra-Kolkata India - Part 14

Image
Selamat Tinggal India - Final Chapter
Selamat pagi New Delhi Selamat pagi Kuala Lumpur. Aduh sakit betul kepala aku bangun pagi ni. Berpusing-pusing macam gasing rasanya. Selama 9 hari di India memang penuh dengan kenangan yang mungkin aku tak boleh nak lupakan. Memang Happening kepala pening. Kami tidur lena betul malam tadi sampai tiada pun diantara kami yang sedar bunyi dengkuran siapa paling kuat. Lepas bersiap dan mengemas barang barang, kami terus checkout dan berjalan menuju ke Stesen Metro untuk ke  Indira Gandhi Airport  di Terminal 3. Penerbangan kami ke Kolkata pada pukul 2pm dan mengambil masa 2 jam perjalanan. Di Kolkata nanti kami akan stay sahaja di airport untuk menunggu flight kami seterusnya ke KL pada pukul 12am. Lama juga nak menunggu tu.Kami bergerak ke Metro delhi dan membeli tiket untuk ke Indira Gandhi  Airport. Kira macam ERL juga la train ni. Masa kami tiba, tak ramai orang lagi di sekitar stesen Metro ini. Train mereka cantik dan agak bersih la juga.


Sampai …

Dari Kuala Lumpur ke Kashmir-New Delhi-Agra-Kolkata India - Part 13

Image
FATEHPUR SIKRI ( THE CITY OF VICTORY )
Lepas sahaja makan nasi beriani kambing yang dimasak khas oleh isteri Shabir, di hotel, kami pun terus checkout dari hotel Saniyya Palace. Si Shabir dah siap menunggu di lobby dan bersedia memulakan perjalanan kami ke sebuah daerah lain iaitu ke daerah Fatehpur Sikri yang terletak hampir 40km dari Agra. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam. Pada mulanya aku malas sebenarnya nak ke situ, tapi sebab dah alang alang sampai Agra baik kita ke sana kan. Lagi pun nak stay kat sini pun nak buat apa, sebab train kami ke New Delhi malam nanti pukul 9pm. Lepas bersiap kami pun terus memulakan perjalanan ke sana. FatehpurSikri merupakan sebuah Fort dimana ianya di bina semasa pemerintahan Sultan Akhbar Khan iaitu datuk kepada Shah Jahan. Menurut sejarah, Akhbar telah berjalan kaki dari Agra untuk ke sini bagi menemui seorang Sufi yang bernama "Sheikh Salim Chisti "yang mempunyai khidmat sakti bagi memohon doa agar dikurniakan anak.

Menurut sejara…