Posts

Showing posts from June, 2015

Family Gathering - Gemencheh Negeri Sembilan

Image
Gathering Keluarga

cuti sekolah merupakan minggu yang kurang stress buat Ibu bapa sebenarnya, Bukan apa sebab ramai ibu bapa di luar sana yang tidak tergesa-gesa untuk menyiapkan anak -anak untuk ke sekolah. Dan apa yang penting lagi ialah jalan tidak lah JEM teruk  seperti hari-hari biasa . Cuti sekolah selama dua minggu ni merupakan masa yang sesuai untuk menziarah ibu dan ayah di kampung. Anak-anak aku memang dah plan baik punya untuk balik ke kampung tinggal dengan nenek mereka selam seminggu. Apa lagi dapat main sakan la mereka semua.
Kami plan mengadakan mini Family Gathering di Kampung wife aku di Gemencheh Negeri Sembilan. Memang agak lama juga kami tidak dapat berkumpul bersama begini. So ambil peluang cuti sekolah ini untuk buat makan-makan sambil menyambut kedatangan Ramadhan tidak lama lagi. Yang paling best ada orang nak sponsor kambing golek tu... Atleast dapat lah juga redakan kekecewaan aku yang tak dapat travel ke Lombok beberapa hari lepas. hahahaha



Bila sesekali dap…

Cancelled vacation

Image
Dalam Post yang lepas aku ada cerita Bagaimana untuk tukar tarikh Penerbangan Air Asiakan, so kali ini aku nak cerita pulak bagaimana perasaan aku bila tiket penerbangan kita "BURN" begitu sahaja.
Mungkin pada traveller tegar diluar sana memang dah lali bila tiket yang sudah dibeli dan plan yang telah dirancang terpaksa dicancelkan disaat akhir atas sebab - sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada aku ni yang sekali sekali nak merasa naik kapal terbang untuk travel ni agak sikit kecewa la jugak bila semua yang telah ditempah lebur macam tu jer... Tapi apa boleh buat kita hanya merancang,tapi tuhan je yang mengizinkan...


Maaf Gambar aku ambil dari Google sahaja
Pada March yang lepas aku ada lah usha-usha tiket AA ni, mana lah tau ada yang murah untuk ke LOMBOK Indonesia. Kebetulan pula time tu ada promo, belek punya belek , dapat lah jugak tarikh yang cantik dengan harga yang berpatutan. ( masih dalam budget untuk 2 orang ). Plan asal memang nak rileks-rileks dengan wife sahaja…

Bagaimana Untuk Tukar Tarikh Tiket Air Asia Anda

Image
Hari ini aku nak kongsi bagaimana untuk tukar tarikh dan masa perjalanan Tiket flight Air Asia  anda melalui online. Ini dari Pengalaman aku sendiri sebab aku bercadang untuk Travel ke India pada November 2015 ini hingga December 2015. Tetapi disebabkan beberapa  faktor yang tidak dapat dielakkan, jadi Travel kali ini dipercepatkan ke bulan September 2015. Takkan nak burn macam tu je kan... 
Nasib baik tarikh baru yang aku pilih lebih murah berbanding tarikh sebelumnya yang aku beli tempoh hari,  Aku perlu bayar lebih sikit dalam RM290 selepas jumlah harga tarikh baru di tolak dengan harga tarikh yang lama. Yup anda still rugi, tapi takdalah rugi banyak sangat untuk bayar denda , penalti dan sebagainya. Tetapi jika Tarikh Baru yang anda beli itu lebih mahal dari tarikh yang anda beli dulu, Baik anda fikir sekali lagi ( terutamanya kepada mereka yang beli harga PROMO ) contohnya jika anda beli tiket sebelumnya RM50 return ( masa PROMO ), takkan anda nak tukar tiket tarikh baru RM400 r…

Kenduri Doa Selamat Rumah Tok Sudin yang Vintage...

Image
Sudah agak lama aku tak makan kenduri yang vintage macam ni. bersama orang kampung dalam rumah tradisional yang hampir 50 tahun di Gemencheh Negeri Sembilan . Makanan yang dihidangkan buat tetamu sungguh klasik kerana ianya dihidangkan di dalam talam dan pinggan yang agak vintage pada aku. Ianya mengambalikan nostalgia masa aku kecil-kecil dulu. Walaupun lauknya tak semewah makanan di hotel, tetapi pada aku ianya lebih bermakna dan lagi sedap bila kita semua dapat makan bersama dan yang lebih penting lagi ianya dapat mengeratkan silraturahim sesama penduduk kampung. Terima kasih Tok Sudin kerana menjemput kami. 
Gambar agak blur, sebab snap pakai handphone jer... Kalau aku tau kenduri yang Rare macam ni memang aku bawak DSLR dah...