Posts

Showing posts from September, 2015

Permohonan Visa Ke India

Image
Cara-cara untuk buat Visa ke India untuk MELANCONG , Untuk Tujuan Lain saya tak tahu :

1. Isi borang secara online di website :INDIA VISA CENTRE , klik di bahagian Application Form dan klik Passport Malaysia


2. Baca arahan yang diberikan dan klik linkhttps://indianvisaonline.gov.in/visa/ yang tertera untuk mengisi borang.
3. Klik Regular Visa Application seperti yang anda lihat disebelah kiri sekali dalam halaman tersebut
4. Sediakan segala maklumat tentang : Passport anda,Butiran peribadi anda Tarikh perjalanan andaTempat yang anda ingin ke IndiaAlamat ,nama dan no telefon Hotel  di mana anda anda Menginap ( kalau tiada, anda boleh letak apa sahaja nama hotel di India ) tapi biar logik, jangan letak Hotel kat Brickfields pulakGambar berukuran 2inch x 2inch background putih  ( untuk proses penghantaran di kaunter ) Salinan tiket penerbangan anda ke India ( untuk proses penghantaran di kaunter )  5. Dah siap isi anda perlu print borang tersebut dan boleh terus ke Kaunter India Visa Centre …

Konvokesyen ke 17 Open University Malaysia

Image
Konvokesyen OUM kali ke 17 PWTC 12September2015












Alhamdullilah.. Dengan izin Allah SWT dapat juga aku menggengam segulung Ijazah setelah hampir 4 tahun aku berhempas pulas menyambung pengajian aku. Terima kasih aku ucapkan terutama sekali buat kedua ibu bapa aku yang selalu memberi dorongan dan doa kalian dan yang paling istimewa buat isteri tersayang yang banyak memberi semangat ,nasihat dan juga bantuan kewangan dalam pengajian aku dan yang paling manis adalah aku dapat berkongsi kejayaan ini dengan anak-anak aku, di mana memang niat yang paling utama aku ingin anak-anak aku melihat sendiri konvokesyen papanya dan secara tidak lansung mereka akan mengikut jejak langkah aku suatu hari nanti....InshaAllah...