Posts

Showing posts from October, 2015

Dari Kuala Lumpur ke Kashmir-New Delhi-Agra-Kolkata India - Part 11

Image
AGRA " THE CITY OF LOVE"

Aku memang tak tidur malam tadi. Masak maggie cup dan bantai buah epal yang aku beli dari Kashmir kelmarin sambil melihat Mok dan Zack enak dibuai mimpi.. Hampeh korang kata taknak tidur, last last dia yang tidur. Aku kalau tidur juga memang tak bangun la jawabnya. Aku nak tidur dalam keretapi je nanti. Tapi Alarm dah set jugak, incase... Hampir pukul 4.30 aku terus pergi mandi. Badan memang penat gila. Jalan sakan..huh. "Oi bangun oi.. pukul 4.30am dah ni". Bangun mandi la!!! Lepas selesai siap, kami turun ke lobby yang bergelap, budak bellboy tidur bergelimpangan kat lobby. Hahaha... "Excuse me , we want to checkout"... Mamai mamai pekerja kaunter tu buka lampu lobby. Dia tengok jam kat dinding.. ermmm tanpa cakap banyak dan membuat bayaran hotel, kami pun gerak menuju ke Railway Station.

Ramai manusia di jalanan sedang diulit mimpi dan ada beberapa bas dan teksi telah mula sibuk menurunkan penumpang di teksi stand berdekatan s…

Dari Kuala Lumpur ke Kashmir-New Delhi-Agra-Kolkata India - Part 10

Image
Happening Kepala Pening Di New Delhi
Tiket keretapi ke Agra sudah dibeli, memang lama nak menunggu giliran kami biarpun tidak ramai orang di International Tourist Berau. Tak tau pasal apa. Perjalanan kami ke Agra pada pukul 6am esok. So kami kena bangun awal untuk tidak terlepas train nanti.  Kami memilih train Bhopal Shatabdi Express untuk ke Agra yang hanya mengambil masa 2 jam sahaja. Ikutkan hati memang kami nak try train biasa sahaja yang tingkapnya hanya berjeriji besi, agar dapat pengalaman adegan kejar mengejar dan bersesak sesak untuk berebut dengan orang lain, tapi masa yang agak suntuk kami memilih train yang ok sikit la...siap ada makan lagi....
Lepas urusan belian tiket selesai kami terus mendapatkan taksi yang berdekatan New Delhi Railway Station untuk tour kami di sekitar Delhi. Akhirnya kami dapat deal dengan seorang pemandu teksi yang boleh membawa kami ke Indian Gate, RedFort, Jamaa Masjid dan akhir sekali ke Saket, untuk ke Shopping Mall yang terkenal di Delhi ini.…