Posts

Showing posts from 2016

Nepal In My Prisma Collection

Image
Enjoy this apps for photo editing.


Phewa Lake Pokhara Nepal 
Chulie Nepal
The Forest Dovan, Nepal
Evening in Phewa Lake Pokhara, Nepal

Kathmandu City, Nepal


People in Nepal 
Morning in Nayapul, Nepal
The Himalaya, Pokhara Nepal
The Trekker, Nepal




Ghorepani, Nepal 

Chomrong, Nepal

9 LANGKAH MUDAH BELAJAR BASIC PHOTOSHOP UNTUK EDITING GAMBAR

Image
MARI BELAJAR BASIC PHOTOSHOP EDITING GAMBAR
Memang terdapat pelbagai cara di dalam photoshop yang boleh digunakan dalam editing , panduan yang saya hasilkan ini adalah cara mudah untuk mengenal “icon” yang terdapat dlm Photoshop dan ini adalah antara teknik yang saya rasa agak simple dan mudah untuk difahami terutamanya bagi rakan2 yang baru nak mengenali Photoshop. Bila lihat banyak icon2 yang ada, memang agak blur utk kita mulakan langkah pertama , so utk tidak membuang masa saya cuba tunjukkan serba sedikit langkah2 awal utk memulakan editing di photoshop . Saya menggunakan Adobe Photoshop CS5. Versi lain pun lebih kurang sama sahaja.
Langkah-langkah nya :

1 : klik > File > Open 

2 : Pilih gambar yang hendak diedit

3 : Setelah pilih gambar yang hendak diedit, gambar akan terpampang seperti ini di skrin

4 : Jika anda ingin membuat “ cropping” bagi membuang subjek yang tidak diperlukan boleh  klik > icon crop spt dlm gambar . kita boleh pilih saiz yang telah default setting dan k…

Aircond kereta Exora Tidak Sejuk - Tips service DIY

Image
Aircond kereta Exora Tidak Sejuk- Service secara DIY
Baru-baru ini kereta aku aircond kurang sejuk. Pasang full pun masih kurang sejuk sedangkan baru beberapa bulan lepan aku service aircond. Buka hood depan dan check kipas jalan, filter masih ok tidak berabuk, air semua ngam. Jadi aku hairan kenapa masih tidak sejuk.
Jadi aku pun cuba buat sendiri dan cari sendiri masalah apakah yang membelenggu kereta Exora aku ini. Ye lah kita pakai kereta Malaysia aje. So setelah di Google dan ini yang aku perolehi. Kemungkinan filter di bawah dashboard terlalu kotor dan blower aircond tidak berfungsi dengan baik. Jadi aku pun cuba buat sendiri. Dan ini tutorial yang boleh aku kongsi buat kawan-kawan di luar sana. 










Alhamdullilah setelah di bersihkan, Aircond kereta aku kembali berfungsi dengan baik dan sejuknya macam baru diservice. Dengan ini dapat lah aku berjimat juga 80-90 ringgit kalau di service di kedai.
Harap-harap dapat membantu rakan-rakan di luar sana untuk mencuba.

Terima Kasih

Fun With Lego - My Own Creation

Image
Cuti Sabtu Ahad memang tak tahu nak buat apa, jadi aku dan anak-anak main lego dan bina sesuatu mengikut kreativiti masing-masing dengan lego-lego yang ada di rumah. Sudah pastinya ianya lebih memberi cabaran dalam membentuk kreativiti anak-anak dan secara tak lansung membantu perkembangan otak mereka untuk berfikir. Nak beli lego set baru memang tak lah sebab mereka hendak kumpul duit belanja sekolah untuk ke Legoland cuti sekolah nanti Insha Allah.  Biar mereka membina apa yang ada sahaja dan aku menjadi penilai rekaan mereka. 
Setelah 2 hari mereka cipta, akhirnya inilah hasilnya yang terjadi antara aku dan anak-anak. The best part is, kita terpaksa mencari sendiri part-part yang di perlukan untuk menghasilkan sesuatu rekaan yang kita mau dan ianya tidak perlukan instruction manual. Hanya imaginasi yang diperlukan. Aku pulak naik seronok.
Mini AT-AT walker - Star Wars
Mini AT-AT walker-C3PO-BB8-R2D2 - Star Wars - Asyraf Afsar
Mini AT-AT walker-Yoda-BB8 - Star Wars

The Creator of  &quo…

Kuala Lumpur Brick Festival 2.0 ( 2016 )

Image
Kuala Lumpur Brick Festival 2.0 berlansung semalam 16 Oktober 2016 di Dewan Perdana Mestika Institut Latihan DBKL ( IDB ) Cheras selama 1 hari sahaja. Festival ini julung-julung kali mengumpulkan beberapa collector Brick terutamanya collector Lego dan beberapa jenama lain di pasaran. Event ini agak menarik terutamanya bagi anak-anak seperti AKU yang sukakan permainan lego. Ibu bapa juga tidak ketinggalan menyaksikan beberapa model lego berskala besar yang di pamerkan di sini. Pelbagai aktiviti turut dijalankan seperti pertandingan memasang bricks oleh kanak-kanak dan keluarga serta pertandingan soal jawab buat para peserta.


Pada pandangan aku pameran ini masih lagi mempunyai pelbagai kekurangan dari segi penyertaan oleh segenap lapisan penggiat seni lego itu sendiri kerana terdapat hanya beberapa kumpulan atau penyertaan sahaja yang mempamerkan koleksi lego dan brick mereka. Aku pasti masih ramai lagi yang mempunyai koleksi lego yang maha dasyat boleh di bawa kemari untuk di pamerkan…