Hari Raya Ini Dalam Sejarah


Gambar ini di ambil ketika Hari Raya Aidilfitri 2016 yang lalu. Alhamdullilah tahun ini kami beraya berenam dengan kehadiran cahaya mata perempuan kami pada bulan December 2015 yang lepas. Seperti biasa selesai sahaja solat sunat Hari Raya, kami wajib bergambar keluarga terlebih dahulu sebelum menikmati juadah istimewa Hari Raya. Pada aku bila bergambar bersama keluarga di Hari Raya lebih sentimental dari hari-hari biasa. 

Jadi kali ini aku ingin memberi kesan nostalgia lagi pada gambar Hari Raya agar nampak lebih vintage dan klasik bila di lihat oleh anak-anak aku pada masa akan datang. Aku rindukan gambar-gambar vintage seperti ini kerana suasana Hari Raya di zaman sekarang tidak lagi meriah berbanding zaman aku kecil-kecil dahulu. 

Bergambar di depan rumah Tok Mek di Pasr Mas Kelantan 

Teringat zaman aku kecil-kecil dahulu, Ma sibuk paksa aku makan pagi 
Hari Raya sebelum "collect" duit Raya di rumah orang




lupakan sementara
segala duka nestapa
hari ini hari raya
hari bahagia lagi mulia

kota konkrit lengang sunyi
terkedu sayu di dalam hati

tatkala mendengar takbir berbunyi
Hari Raya Ini Dalam Sejarah - Monoloque

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bagaimana Untuk Tukar Tarikh Tiket Air Asia Anda

Dari Kuala Lumpur ke Kashmir-New Delhi-Agra-Kolkata India - Part 1

TIPS/KOS KEMBARA KE INDIA