Skip to main content

Featured

Hari Raya Aidilfitri 2017 1438H

Menjelang Hari Raya Aidilfitri 1438H bersamaan 25Jun2017
Alhamdullilah selesai sudah menjalani ibadah Puasa pada tahun ini. Semoga amalan kita di terima yang Maha Esa dan diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda hendaknya, Seperti biasa semua umat manusia akan menyambut kedatangan Syawal dengan penuh kesyukuran. Warga Kota sudah mula meninggalkan kotaraya menuju ke Kampung halaman masing-masing. "Back to Basic " mat salleh cakap. 
Hari Raya merupakan hari yang di tunggu-tunggu oleh semua lebih-lebih lagi buat anak-anak kecil. Yang dewasa akan menyediakan segala kelengkapan yang perlu buat anak-anak sejak dari awal lagi agar tidak terbeban di akhir Ramadhan nanti. Biarlah besederhana dalam meraikannya. Aku pulang ke kampung halaman isteri pada kali ini. Suasana sebelum 1 Syawal memang di tunggu, dimana sanak saudara berkumpul ramai-ramai dalam menyediakan menu untuk 1 Syawal nanti.
Jika di Gemencheh Negeri Sembilan memang tidak terlepas untuk masak lauk tradisi di sini iait…

Aircond kereta Exora Tidak Sejuk - Tips service DIY

Aircond kereta Exora Tidak Sejuk- Service secara DIY

Baru-baru ini kereta aku aircond kurang sejuk. Pasang full pun masih kurang sejuk sedangkan baru beberapa bulan lepan aku service aircond. Buka hood depan dan check kipas jalan, filter masih ok tidak berabuk, air semua ngam. Jadi aku hairan kenapa masih tidak sejuk.

Jadi aku pun cuba buat sendiri dan cari sendiri masalah apakah yang membelenggu kereta Exora aku ini. Ye lah kita pakai kereta Malaysia aje. So setelah di Google dan ini yang aku perolehi. Kemungkinan filter di bawah dashboard terlalu kotor dan blower aircond tidak berfungsi dengan baik. Jadi aku pun cuba buat sendiri. Dan ini tutorial yang boleh aku kongsi buat kawan-kawan di luar sana. 











Alhamdullilah setelah di bersihkan, Aircond kereta aku kembali berfungsi dengan baik dan sejuknya macam baru diservice. Dengan ini dapat lah aku berjimat juga 80-90 ringgit kalau di service di kedai.
Harap-harap dapat membantu rakan-rakan di luar sana untuk mencuba.

Terima Kasih
Post a Comment

Popular Post