Skip to main content

Featured

Jabal An-Nor - Peristiwa Penurunan Wahyu Pertama

Jabal An-Nor
Peristiwa di Gua Hira, peristiwa penurunan wahyu yang pertama. 


Pendakian malam ke Jabal An- Nor yang terletak hampir 15minit dari kediaman kami di Matajer merupakan satu pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan. Kami berpeluang mengahabiskan masa hampir separuh malam di puncak Jabal Al Nor dengan menikmati dan menghayati pengorbanan Rasulullah beriktikaf di Gua Hira. 
Gua Hira merupakan tempat paling bersejarah yang perlu anda kunjungi bila anda sudah berada di bumi Mekah. Wahyu pertama dari Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad berlaku di sini iaitu pada malam 17 Ramadhan. 



Kami memulakan pendakian pada pukul 11 malam, sekiranya anda hendak kemari ada baiknya anda meminta teksi menurunkan anda terus di kaki bukit Jabal An-Nor, kerana sesetengah teksi hanya menurunkan anda di jalan utama sahaja dan anda perlu berjalan hampir 20minit untuk ke Starting Point Jabal An-Nor. Jalan untuk ke starting point agak mendaki dan anda akan keletihan awal sebelum memulakan pen…

Cuti sekolah di Bulan Ramadhan

Ramadhan 2017, pengikat silraturahim antara sanak saudara...Rindu suasana seperti ini...Bila dapat berkumpul sesekali pasti ianya menjadi kenangan manis bila dewasa...


Padan la senyap je semua...korang tanam padi rupanya... "Ko Naik sekarang!!!!! puasa ke tak puasa ni!!!!???

Zaman kanak-kanak merupakan zaman paling indah dan paling menyeronokkan dalam hidup seseorang. Kita tak perlu fikirkan masalah yang berat-berat, paling berat pun kita hanya fikir bagaimana hendak lari andaikata mak ayah kita dah sedia rotan di tangan. Sudah pasti ada kesilapan berat yang kita telah lakukan. Setiap daripada kamu pasti pernah di rotan dengan getah paip, tali pinggang, dan penyangkut baju ye tak.

Aku bukan nak ceritakan kisah lampau, cuma aku ingin berkongsi kisah anak-anak aku yang gembira bukan kepalang jika dapat pulang ke kampung sempena cuti sekolah pertengahan tahun. Kebetulan cuti sekolah adalah di bulan Ramadhan dan pada 6 Ramadhan lepas, kami pulang ke kampung isteri di Gemencheh Negeri Sembilan bagi menyambut kepulangan Mak dan tiga lagi adik ipar aku pulang dari Mekah menunaikan umrah. Dapatlah kami semua berbuka bersama kerana ramai juga yang pulang ke kampung.

Pagi Jumaat selepas sahur, hujan turun dengan lebat sekali. Lama sudah tidak hujan di sini. Anak-anak aku dan sepupu mereka  memang tidak tidur semula dah selepas sahur. Ibarat ada tenaga tambahan bila sudah berada di kampung. Kalau  dikejut  bangun untuk kesekolah bukan main payah lagi. Sekali sekala balik kampung, aku pun bercadang untuk bermalas-malasan lah sikit. Lagipun hujan lebat pagi itu buat mata aku naik kuyu.... 

Sedar sahaja , wah sudah pukul 8.30 pagi. Hujan dah mula reda. Lepas mandi aku mencari anak-anak aku. Eh mana pulak pergi budak-budak ni, pergi rumah Toksu dia ke? senyap je... Aku terus ke dapur dan aku dengar suara sayup-sayup dari belakang dapur sedang " Berpesta Keamatan" Wah ini kerja korang ye... Bukan main "Happening" mereka bermain anak air di belakang rumah. Disebabkan hujan lebat pagi tadi maka anak air mula naik sejak pagi tadi. Fuh korang puasa ke tak ni? tanya aku pada anak-anak aku.. Puasa lah.. jawab mereka.

Aku bukanlah nak marah pun, Aku suka melihat mereka begini. Di bandar mereka tidak dapat merasa seperti ini. Jadi di kampung lah mereka dapat lesen penuh untuk main dan bermain apa sahaja asalkan yang tidak mendatangkan cedera. Mak mertua aku memang pemberi lesen penuh pada cucunya. Bukan main seronok dapat bersama sepupu-sepupu bila berada di kampung. 

"Play more Learn More"



Post a Comment

Popular Post