Hari Raya Aidilfitri 2017 1438H



Menjelang Hari Raya Aidilfitri 1438H bersamaan 25Jun2017

Alhamdullilah selesai sudah menjalani ibadah Puasa pada tahun ini. Semoga amalan kita di terima yang Maha Esa dan diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda hendaknya, Seperti biasa semua umat manusia akan menyambut kedatangan Syawal dengan penuh kesyukuran. Warga Kota sudah mula meninggalkan kotaraya menuju ke Kampung halaman masing-masing. "Back to Basic " mat salleh cakap. 

Hari Raya merupakan hari yang di tunggu-tunggu oleh semua lebih-lebih lagi buat anak-anak kecil. Yang dewasa akan menyediakan segala kelengkapan yang perlu buat anak-anak sejak dari awal lagi agar tidak terbeban di akhir Ramadhan nanti. Biarlah besederhana dalam meraikannya. Aku pulang ke kampung halaman isteri pada kali ini. Suasana sebelum 1 Syawal memang di tunggu, dimana sanak saudara berkumpul ramai-ramai dalam menyediakan menu untuk 1 Syawal nanti.

Jika di Gemencheh Negeri Sembilan memang tidak terlepas untuk masak lauk tradisi di sini iaitu "Rendang Maman Ayam kampung" Ibu mertua aku antara orang yang cukup hebat dalam memasak rendang maman ini. Ini menu WAJIB buat orang Gemencheh. Kemana sahaja rumah yang aku pergi pasti ada Rendang Maman ini. Alhamdullilah sebab anak-anak semua balik beraya kali ini, mak mertua aku dapatlah berehat sikit untuk mengacau dan memasak rendang ini. Hanya bagi arahan sahaja apa yang perlu di masukkan dalam kawah besar.

Rendang Maman in progress

Aku possing je tu, bukan masak pun

Mengacau dodol

Mana Tahan kacau sorang wei..

Pakman memang pakar jaga lemang

Aku gembira bila melihat anak-anak aku masih lagi dapat menikmati suasana seperti ini di kampung. berbeza dengan suasana beraya di bandar. Dari sini sekurang-kurangnya mereka dapat belajar sesuatu dan menjadi pengalaman yang sangat berharga dalam kehidupan mereka. Aku harap suasana dan tradisi seperti ini masih  tetap relevan sampai bila-bila. 



Hari Raya pun Menjelma....

Bergambar bersama seluruh keluarga boleh dikatakan  acara "wajib" juga  bagi semua orang. Dari sini lah segala moment dan suasana Hari Raya dapat dirasai kerana semuanya cantik dan kemas berpakaian tradisi. bagi yang tidak dapat berhari Raya kerana tugas, harap bertabah lah ye.


Keluarga Besar ku.. Amanda Zahra tahun kedua menyambut Hari Raya

Antara Hero-hero dan pewaris Suku Tiga Batu keluarga Arwah Nenek Kalthum binti Lesa

Keluarga Besarku... kali ini kami ambil gambar di luar rumah

Lengkap... Keluarga sebelah mertua ku 

Aku dan wife la... 


Keluarga ku sebelah Kuantan
Hampir seminggu sudah berHari Raya maka tibalah kita pulang ke Kuala Lumpur... " Back to Life, Back to reality".....
Post a Comment

Popular posts from this blog

Bagaimana Untuk Tukar Tarikh Tiket Air Asia Anda

Dari Kuala Lumpur ke Kashmir-New Delhi-Agra-Kolkata India - Part 1

TIPS/KOS KEMBARA KE INDIA