Jabal An-Nor - Peristiwa Penurunan Wahyu Pertama


Jabal An-Nor

Peristiwa di Gua Hira, peristiwa penurunan wahyu yang pertama

Laluan ke kaki bukit Jabal An- Nor

Jabal An- Nor _ gua Hira
Puncak Jabal An-Nor

Pendakian malam ke Jabal An- Nor yang terletak hampir 15minit dari kediaman kami di Matajer merupakan satu pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan. Kami berpeluang mengahabiskan masa hampir separuh malam di puncak Jabal Al Nor dengan menikmati dan menghayati pengorbanan Rasulullah beriktikaf di Gua Hira. 

Gua Hira merupakan tempat paling bersejarah yang perlu anda kunjungi bila anda sudah berada di bumi Mekah. Wahyu pertama dari Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad berlaku di sini iaitu pada malam 17 Ramadhan. 

Pendakian bermula

Bergambar di Kaki bukit Jabal An -Nor  ketika turun


Kami memulakan pendakian pada pukul 11 malam, sekiranya anda hendak kemari ada baiknya anda meminta teksi menurunkan anda terus di kaki bukit Jabal An-Nor, kerana sesetengah teksi hanya menurunkan anda di jalan utama sahaja dan anda perlu berjalan hampir 20minit untuk ke Starting Point Jabal An-Nor. Jalan untuk ke starting point agak mendaki dan anda akan keletihan awal sebelum memulakan pendakian ke Jabal An-Nor. Hehehehe.

Sign Board oleh Saudi Hiking


Pengunjung mula ramai pada awal pagi

Suasana pada malam itu agak cerah kerana sinaran cahaya bulan yang agak terang. Jadi tidak perlu torch light pun anda boleh mendaki di kawasan itu. Bila menoleh ke atas puncak Jabal An Nor, boleh tahan juga tingginya. Pendakian di waktu  malam sebenarnya lebih baik dari siang hari kerana cuaca yang agak berangin dan tidak panas. 

Kami plan untuk turun semula selepas Subuh dan menikmati sunrise di atas puncak Jabal An Nor. Di sini ada beberapa check point yang boleh kita rehat di sepanjang perjalanan. Kebanyakkan sign board yang terdapat disini mungkin sumbangan pihak NGO Saudi kerana tertera nama Saudi Hiking. Pada pandangan aku pihak Kerajaan Saudi memang tiada masa untuk menguruskan tempat ini dan menambah baikan tempat ini.

Unesco boleh menjadikan Madain Salleh di Madinah sebagai salah satu tempat Ajaib dunia tetapi tidak Jabal An-Noor dan Jabal Tsur. Kenapa? Ntah, aku pun tak tau.

Pandangan laluan trek dari atas 



Pelbagai Bangsa dan Manusia mendaki Jabal An Nor

Peminta sedekah di atas Jabal An Nor



Pandangan dari atas puncak

Setelah hampir 40 minit mendaki, akhirnya kami tiba di Puncak Jabal An Nor. Terus terang aku cakap, trek untuk ke Jabal Al Nor agak mudah dan tidak terlalu mental daripada Jabal Tsur. Sepanjang perjalanan anda akan dapat melihat ramai yang meminta sedekah dan kebanyakkan orang ini yang membaik pulih laluan trek untuk ke Jabal An Nor. Jadi boleh lah anda memberi sumbangan buat mereka. 


Pengunjung mula ramai sekitar 2am

Semasa tiba di Jabal An Nor dan memasuki Gua Hira tidak ramai lagi orang yang datang ke situ. Cuma 3 orang jemaah dari Malaysia sahaja yang ada di situ. Jadi kami berpeluang merasai suasana sunyi dan berdoa di tempat dimana Rasulullah duduk di situ buat seketika. 

Memang agak mendamaikan bila anda bertafakur dan menghayati sejenak pengorbanan Rasulullah pada ketika itu. 

Wahyu dari Allah yang diturunkan melalui perantaraanya iaitu Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad cukup penting dimana Pendidikan adalah merupakan perkara yang paling asas dalam kehidupan manusia. 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (١)خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (٢)اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ (٣)الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (٤)عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (٥
1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhamnu Yang menciptakan.
2. Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah.
3. Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling Pemurah.
4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
5. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya
Bersolat Sunat Di Puncak

Menunggu giliran untuk masuk ke Gua Hira

Bersama Jemaah Haji dari Malaysia ( Schoolmate aku M.Khairul Affan 2 dari Kiri )


Selepas turun dari Jabal An-Nor kami ke sebuah kedai Pakistan untuk sarapan pagi. Dapat pekena roti prata di cicah dengan kari memang layan la. Dengan teh susu bercampur herba sudah cukup untuk memulakan hari anda..... 


Klik : Pendakian Ke Jabal Tsur Mekah
Post a Comment

Popular posts from this blog

Bagaimana Untuk Tukar Tarikh Tiket Air Asia Anda

Dari Kuala Lumpur ke Kashmir-New Delhi-Agra-Kolkata India - Part 1

TIPS/KOS KEMBARA KE INDIA